Menjelang Ogos 2009, laman ini beroperasi dengan lebih berkesan dalam memberikan input berita dan pelbagai bahan di sekitar Parlimen Tumpat.
Web ini akan dilancarkan oleh YB Hj. Che Abdullah Bin Mat Nawi, Exco Kerajaan Negeri Kelantan pada 1 Ogos jam 5.00petang.
Pantai Tujoh,9 mei.Seramai 62 penghulu parlimen Tumpat telah menerima watikah perlantikan sebagai penghulu di majlis Watikah Perlantikan Penghulu bagi Parlimen Tumpat baru-baru ini.
Majlis tersebut telah dihadiri oleh ADUN PasirPekan,ADUN Kelaboran,ADUN Wakaf Bharu &Juga Penyelia Dun bagi Pengkalan Kubor.
Kejohanan Liga DUN ini menawarkan hadiah RM1,000 bagi tempat pertama, RM700 tempat kedua dan RM300 bagi tempat ketiga bersama. Perlawanan akhir tersebut juga disaksikan oleh YB Dato Hj Ahmad Yaakob, Timbalan Menteri Besar Kelantan.
Pada hari ke14 Ramadhan, Ajk Pemuda Dun Wakaf Bharu yang diketuai oleh Hj. Rusli turun bersilaturahim bersama YB Che Abdullah ke Kampung Jal Kechil. Pada kunjungan tersebut sebanyak 10 buah rumah orang-orang miskin yang dikunjungi bagi menyampaikan sedikit sumbangan.
Program yang pertama kali diadakan ini, memilih lokasinya di Jal Kechil sebagai tapak permulaannya. Manakala pada tahun-tahun berikutnya akan diubah ke kawasan lain pula.
| Seseorang kamu untuk pergi mengangkut kayu api lalu diletakkan di atas belakangnya adalah lebih baik dari seseroang kamu meminta-minta (sedeqah) , maka samada diberi atau tidak. -- HR. Bukhari |
| Safar |
| 24 Selasa |
| 1431 HIJRAH |